KURSUS PERUBATAN ISLAM

KURSUS PERUBATAN ISLAM

Sabtu, November 12, 2011

KAEDAH MENGATASI MALAS BERIBADAT DAN CENDERUNG KEPADA HAWA NAFSU

Imam Habib Abdullah al-Haddad pernah ditanya tentang apakah 
Ubat bagi orang yang merasa berat untuk melakukan kebajikan(ibadah) 
dan cenderung mengikut hawa nafsu.
Beliau menjawab:"Ketahuilah bahawa malas beribadah dan cenderung 
mengikut hawa nafsu ini disebabkan oleh 4 perkara: 

(1) Kejahilan, cara mengatasinya ialah dengan menuntut ilmu yang
       bermanfaat

(2) Lemah iman, cara mengatasinya ialah dengan bertafakkur mengenai
       kekuasaan Allah di langit dan bumi serta tekun beramal sholeh

(3) Panjang angan-angan, cara mengatasinya ialah dengan ingatkan mati 
       dan menyedari  bahawa kematian dapat datang setiap saat

(4) Makan sesuatu yang syubhat (Antara halal dan haram), cara 
       mengatasinya ialah dengan bersikap warak dan sedikit makan.

Pengenalan ringkas Imam Habib Abdullah bin Alawi bin 
Muhammad bin Ali at-Tarimi al-Haddad al-Husaini asy-Syafi`i.

Beliau dilahirkan di Subir sebuah perkampungan berhampiran 
kota Tarim di Wadi Hadhramaut, selatan negeri Yaman pada 
hari Ahad 5 haribulan Safar tahun 1044 hijriah bersamaan 
30 haribulan Julai tahun 1634 Masehi. Beliau merupakan 
Pengarang Kitab terkenal Ratib Al-Haddad.